Love is only simple word but its far more complicated than imagined

Awak di sana.. saya disini kita janji eh kita saling mencintai hingga akhir hayat kita..walaupun sekarang hubungan kita terpisah dek jarak.. Tapi janji tau jangan jadikan itu satu halangan tapi jadikan ia sebagai ujian untuk kita bersama dan terus memantapkan kasih saying kita... Saya tahu jauh tu xbagus tapi awak kena tahu ia cara untuk kita pupuk kasih sayang n menguatkan lagi ikatan rindu.. Nanti awak jemput saya k Mohammad Nizam Bin Mastor...

nieda (haz) & niezam (iejam)-couple

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

nieda (haz) & niezam (iejam)-EngagEd

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

nieda (haz) & niezam (iejam)-Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

nieda (haz) & niezam (iejam)-oUR bABy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 04, 2013

WANTED!!!! SKUNK KANG!!!

aRINI Aku rasa panas sikit walaupon dok dalam econ..hahahah nk tau x napa!!! ade sorg budak wanted ni nk kne cekik ngan aku...huhuhuhu 

Meh aku nk habaq cikit2 pasal dia..

Nama!!
Dia ni owg panggil Pak AsaN.. Aku pon xtau napa mungkin sebb nama dia Hassan kot.. aku ni pon xtau apa nama dia..hahah Org peneng tp keja kat sentul.. hahaha.

Rupa!!
Dalam Kategori Hensem la Jugak.. =) kalo x xkan boleh WANTED kan..hehehe

Peragai!!
Hmm.. suka carik pasai.. Bikin waa panas aty saja..hahaha tp xkedekut..hahaha Yang xleh blah mmg dia suka bg aku panas.. eeeeeee klo dapat waaa putaq pala dia hantar balik parit Buntaq..hik3

Nak Tau sapa x ????? JEng Jeng Jeng..


Ni Dia OrANGNYE!!!! bERBAJU mERAH...HIK3


nI Zaman2 sekolah dia... =) Dulu Kuruih...Jgan Marah No =)


Ni Dia time raya kot.. Dia ni mmg tangkap gambar suka dok tgah.. suh org fokus dia la kot..hik3


Nidia  zaman sekolah.. dok barisan no 2.. org yg ketujuh dari kanan.. dok dekat2 tgah jugak..hahaha ( men teka ja ntah btoi ntah x )


Ni pon Dok Tgah Jugak..hik3 


P/s :- Jgan marah No...Kalo marah ti cepat tua..


Wednesday, April 03, 2013

Setia Hujung NYaWA =)


Sunday, December 16, 2012

(Sinopsis) Setia Hujung Nyawa di Slot Akasia


Menyusuli Cinta Itu Milikku, saksikan buah tangan terbaru daripada Suhan Movies, menerusi drama bersiri SETIA HUJUNG NYAWA di Slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam, hanya di TV3!

Drama bersiri 28 episod ini merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel Setia Hujung Nyawa tulisan Fatin Nabila.

Setia Hujung Nyawa diarahkan oleh Emi Maziah dan mendapatkan sentuhan skrip daripada Wan Mahani. Drama ini bakal dibarisi pelakon Amar Ashraf, Zila Bakarin, Talha Harith, Nelydia Senrose, Ryzal Jaafar,Raja Ema, dan ramai lagi.



Sinopsis Setia Hujung Nyawa

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Cinta Qaseh =)


Monday, December 17, 2012

(Sinopsis) Cinta Qaseh di Slot Lestary


Bagi menggantikan Mimpi Cinderella, Tv3 bakal menghidangkan anda dengan sebuah lagi drama bersiri hebat iaitu, CINTA QASEH bagi mengisi Slot Lestary, setiapSelasa jam 9 malam.

Drama bersiri 13 episod ini dibarisi pelakon hebat seperti Adi Putra, Wawa Zainal, Elfaeza Ul Haq, Shahrizal Jaszle, dan ramai lagi. 



Sinopsis Cinta Qaseh: 
Arash, seorang pelajar jurusan fotografi telah jatuh cinta pandang pertama dengan Qaseh ketika sedang asyik merakam gambar di sekitar Taj Mahal, Agra, India. Ketika itu, Qaseh, seorang pelajar jurusan perubatan sedang bercuti bersama rakan baiknya, Airin. 

Takdir telah menemukan mereka berulang kali bermula dengan insiden Arash merakam gambar Qaseh tanpa izin sehinggalah insiden kameranya dirampas oleh Qaseh. Namun, insiden inilah hubungan persahabatan mereka bertiga terjalin. Di Agra, mereka bertiga sering menghabiskan masa bersama. Lama-kelamaan, timbul rasa sayang dalam hati Qaseh terhadap Arash.

Disangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari. Arash dan Qaseh terpaksa berpisah sebelum mereka berdua sempat meluahkan perasaan. Arash telah pulang ke Malaysia dan meninggalkan Qaseh tanpa sepatah kata. Tindakan Arash membuatkan Qaseh kecewa malah Airin yang menyimpan perasaan terhadap Arash juga terasa tempiasnya. 
Selepas setahun, Qaseh kini menjadi doktor pelatih dan bakal disatukan dengan jejaka pilihan keluarganya Wahyu. Wahyu menyambut baik cadangan keluarganya tetapi Qaseh pula sebaliknya. Wahyu yang merupakan pelajar sambilan master ketika itu turut diminati oleh pensyarahnya, Maria, iaitu janda yang mempunyai seorang anak. Sikap Wahyu yang tenang membuatkan Maria jatuh cinta.

Arash terlibat dalam kemalangan dan dikejarkan ke hospital yang Qaseh bekerja. Arash berada dalam keadaan koma. Perasaan Qaseh mula berbelah bagi kerana jauh di sudut hatinya, dia masih sayangkan Arash. 

Kehadiran Arash turut memberi kesan kepada Airin yang juga merupakan doktor pelatih di hospital yang sama. Kali ini dia nekad untuk mendapatkan cinta Arash. Akhirnya, pernikahan tetap diteruskan tanpa kerelaan Qaseh. Sejurus selepas lafaz nikah diakadkan, Arash mula sedar dari koma. Qaseh segera ke hospital sebaik sahaja mendapat tahu akan hal tersebut. 

Arash tidak menyangka yang dia akan bertemu semula dengan Qaseh. Dia bersyukur kerana pencariannya selama ini telah tamat dan berazam untuk tidak melepaskan Qaseh buat kali kedua. Semenjak itu, Arash dan Qaseh kembali rapat. Hubungan Arash dan Qaseh akhirnya dapat dihidu oleh Wahyu. 

Apakah yang akan terjadi selepas itu? Sejauh manakah perjuangan Arash dan Wahyu dalam memenangi cinta Qaseh? Sanggupkah Qaseh menipu diri untuk terus hidup di samping Wahyu sedangkan dia tahu yang cintanya masih utuh terhadap Arash?

Cinta Itu Milikku =)


Tuesday, November 6, 2012

(Sinopsis) Cinta Itu Milikku di Slot Akasia


Drama 'Julia' bakal melabuhkan tirainya dan akan disusuli dengan sebuah lagi drama bersiri terbaru, CINTA ITU MILIKKU bagi mengisi Slot Akasia di Tv3.

Cinta Itu Milikku menerima sentuhan dari pengarah yang pernah mengarahkan Vanila Coklat iaitu Emi Suffian Sabhe dan skrip pula digarap oleh Zarihah Hassan.

Drama 24 episod terbitan Orangetree Production ini dibintangi Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim dan ramai.

Cinta Itu Milikku bakal membuka tirainya mulai 12 November 2012, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam. 



Sinopsis Cinta Itu Milikku:

Drama ‘Cinta itu Milikku’ mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada 3 orang adik beradik bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi). Namun begitu, bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril bersama Rania kerana Dini beranggapan bahawa Rania telah merampas cintanya.

Setelah Rania dan Zafril selamat diijab kabulkan, Dini menjadi semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membuat Zafril kembali ke pangkuannya. 

Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). Dini memulakan permainannya dengan menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania. Sikap Ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan Dini untuk mendampinginya.

Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Dini berkahwin dengan Rizduan. Zafril yang terkejut mendapat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya, dapat merasakan Dini mempunyai niat tidak baik. Namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah urusan keluarga isterinya. Begitu juga dengan Rania, dia dapat merasakan kehadiran Dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat Dini. 

Dini bukan sahaja berjaya memperdaya Ridzuan malah semua ahli keluarga Rania tertipu dengan sikap lemah lembut Dini. Apabila Zafril keseorangan, Dini akan mendekati Zafril dan mengingatkan segala kenangan indah mereka semasa bertunang. Rania yang perasan akan kelakuan Dini itu berasa kurang selesa. 

Ketika Rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak diduga. Suami yang dicintai telah terkorban dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kematian Zafril bukan sahaja meruntun hati Rania malah Dini juga terasa kehilangan Zafril dan sesungguhnya hati Dini hancur luluh.

Setelah lama kehilangan orang tersayang, Rania berkahwin dengn Doktor Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya. Biarpun telah berkahwin, namun di dalam hati Rania masih bertakhta nama Zafril. Pada suatu hari, Rania telah mendapat sepucuk surat dan sehelai sapu tangan miliknya pemberian Zafril kepadanya. Sapu tangan itu telah dibawa oleh Zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit di dalam nahas kapal terbang. Rania terkejut dan yakin bahawa Zafril masih hidup.

Ternyata sangkaan Rania benar apabila mendapat tahu Zafril masih hidup. Rania yang amat rindukan Zafril, ingin bersamanya tetapi hasrat itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana Rania telah menjadi isteri kepada Doktor Syafiq. Apa yang akan terjadi seterusnya? Adakah Doktor Syafiq sanggup melepaskan Rania dan membiarkan isterinya bersama Zafril? Apakah punca yang mengakibatkan Zafril sehingga dianggap sudah meninggal dunia? Adakah kehilangan Zafril mempunyai kaitan dengan Dini atau dengan seseorang yang tidak disangka?

Selamat menonton! Okbai!